Saturday, 25 October 2014

seorang muslimah sempurna ke dia??


Assalammualikum
hye you All ^_^


hari ni dila nak share sikit dari usrah ..
semoga bermanfaat untuk semua muslimah di luar sana :)

walaupun panjang benda yang dila nak share ni..
tapi dapat menikam ke kalbu bila baca :)

fuhhh ke kalbu terus tu heee nak tahu apa dia..
kena laaa baca ^_^


Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,

Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"





□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dan untuk insan lain yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa.
"Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.
Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.
Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.
Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.
Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.
Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.
Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,
Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.
Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.
Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
Jangan lembik.



semoga kita kuat untuk terus berubah menjadi yang terbaik di sisi Allah
in shaa Allah ^_^









Monday, 20 October 2014

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2014




tekan banner untuk join :)



" Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parihh "



Tarikh : 18/10/2014 - 20/10/2014

Kursus Pra Perkahwinan


Hye you All ^_^

hujung minggu  lepas sabtu dan ahad
sebenarnye dila join kursus Pra Perkahwinan dekat Taiping ni..

sebenarnye tak plan apa-apa pun.. memang last minit..
petang jumaat tu, terus pergi tempat kursus tu kata nak join esok
sebenarnye dah penuh tapi rezeki kot dapat laa join heee..

dila join ni dekat Kolej Komuniti Taiping 
harga untuk join kursus Pra Perkahwinan ni hanya RM50 sahaja..
akak dila pun baru pergi tapi dekat Melaka..tapi dia kena bayar RM80..
so lebih baik jangan lepas kan peluang ni.. sebab orang laa kata makin lama yuran nak join kursus pra perkahwinan ni makin mahal..

so esoknye dila datang dengan adik dila..
dila ikut kursus ni bukan nak kahwin lagi taw heee
tak ada calon lagi :)

sebenarnya masa dila join ni, dila dapat macam-macam ilmu 
eh bukan pergi kursus ni sebab nak sijil jer, tapi nak dapatkan ilmu tu sebenarnye..

secara jujurnye, bila dila join 2 hari kursus ni, dila macam-macam terfikir..
apa yang dila fikir, next entry dila share ok :)












Friday, 17 October 2014

Tahniah Da'i Farhan


Hye You All..

siapa tadi tengok da'i hehe dah tahun kan siapa juaranye ^_^


dan ucapkan beribuan tahniah kepada semua peserta-peserta Da'i musim kedua ni :)

terutama nye kepada bekas cikgu praktikal dila walaupun anda tidak menjadi juara 

tapi tetap juga yang terbaik..  DA'i Elyas ^_^









Thursday, 16 October 2014

masih tak ada


HYE YOU ALL ^_^

haritu dila ada cerita pasal dila nak pergi interview kan..

so semalam tunggu dia mesej still tak ada lagi

rupa-rupanye hari ni dia hantar mesej..

so jawapan dia adalah

''DUKACITA''

hmmm, sedih tak tahu macam mana laa..

rezeki still tak ada lagi..

tahun ni berapa kali dapat perkataan ''dukacita''

tak kira laaa untuk sambung study atau minta kerja..

YA ALLAH.. ada ke rezeki aku ni hmmm


doakan dila suapaya tak putus asa nak mencuba lagi 
walaupun setiap kali mencuba akan dapat keputusan yang tidak diingini..



rasa sedih pula hati ni hmmm..

''HATI MOHON KUAT OK'' ^_^


Tuesday, 14 October 2014

esok interview !


Assalammualikum..

HYE YOU ALL ^_^

petang tadi time nak ambil my mom dekat sekolah
tiba-tiba perasan hp ada miss call..

nombor tak dikenali.. so teringat mungkin penting kut sebab dia call lebih dari satu kali..
bila dila call.. macam pelik.. lepas tu dia ada cakap nama tempat tu..

jadi dila macam terkejut taw sebab hehehe..
minggu lepas dila ada datang tempat tu hantar resume..
dila sahaja je cuba-cuba..lagipun memang nak cari kerja pun sekarang..

so dila call..dia minta datang interview esok pukul.. 11.45 am..
letak jer call.. terus terfikir..

''aku dah laa tak ada pengalaman pergi interview kerja ni''
'' esok nak jawap apa.. dia tanya apa''
''esok nak pakai baju apa??!! ''

lama-lama terus jadi stress fikir pasal ni ahahahaha..
ok tenang-tenang.. dila happy dapat call petang tadi sebab banyak-banyak kerja yang dila minta..
kerja ni yang panggil dila.. but dalam masa yang sama rasa takut nak berdepan esok hmmm





doakan dila ye.. wish me luck untuk esok.. 
semoga bos dekat tempat kerja tu sudi ambil dila ni hehehe..

dila kerja apa?? hehehe nanti dila cerita..
wish me luck.. tenkiu korang ^_^



Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM




bengkel di Area Utara ! jom join...


Salam..
Hye You All ^_^

hari tu, dila ada cakap pasal kelas mengaji dekat entry sini

so hari ni dila nak share salah satu yang dila jumpa :)




[ CELIK AL-QURAN DALAM MASA 7 JAM ]

Betul ker dalam 7 jam dah boleh baca Al-Quran bertajwid? 
Kaedah lain belajar berbulan-bulan pun belum tentu boleh pindah baca Al-Quran.

Saya buta Al-Quran, boleh ke saya masuk bengkel ini?
Jika nak lancarkan bacaan Al-Quran saya jer boleh ker?
Hukum tajwid saya lintang-pukang, boleh join ker?

Kaedah ini telah membantu lebih 587 orang buta Al-Quran,
tidak lancar dan tak mahir hukum bacaan, mengaji secara BERTAJWID dalam masa 7 JAM sahaja.

---------------------------

[ HARAKI JUGA BANTU SELESAIKAN MASALAH BERIKUT ]

✘ Tidak berminat membaca Al-Quran.
✘ Tidak mengenal huruf hijaiyah tunggal, bersambung dan pelbagai baris.
✘ Tidak dapat beza bacaan panjang, pendek, dengung, qalqalah DLL.
✘ Tidak tahu Teknik Berkesan Mengajar Al-Quran kepada anak-anak.
✘ Tidak tahu Teknik Menarik Untuk Mengajar Murid untuk Mengaji.
✘ Dan Lain-lain Masalah Biasa Mengaji Al-Quran.



Boleh daftar di sini !  http://bit.ly/BengkelHaraki2014


JOM ! join bengkel di Penang pada 25&26 Oktober 2014 (1 Muharam)


tu je yang  dila dapat bantu untuk sesiapa yang nak perbaiki bacaan Al-quran
so sesiapa yang duduk di area utara tu.. jom laaa join kalau free !! ^_^




"Jika kita berjalan menuju Allah, Allah akan berlari mendapatkan kita".





Monday, 13 October 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Saturday, 11 October 2014

kecewa, kecewa, kecewa



Assalammualikum..

Hye you All ^_^

pernah tak korang rasa kecewa dengan sesuatu perkara,
kecewa dengan benda kita tak dapat,
kecewa sebab putus cinta..

 entry  kali ni nak share je untuk sesiapa yang di luar sana
yang sedang putus cinta ke apa, yang tengah frust sangat-sangat tu..

dila ada terjumpe satu blog yang sangat-sangat membantu untuk sesiapa yang sedang patah hati tu,
eh boleh jer sesiapa baca  blog ni..




klik sini


pendapat dila tentang blog ni, masa dila betul-betul tengah frust dalam pencintaan hari itu..
dila terjumpe blog ni , dila baca satu satu entry yang dia tulis..

apa yang dila jumpe.. dila jumpe semangatt! semangatt!
yang mana kata-kata dia sangat-sangat laa benar..

masa dila baca tu, macam semangat tu masuk terus dalam diri ni..
apa yang dila buat after tu, lap air mata, bangkit, and say now I must to be strong!!!!!!

teringat kata2 kak farah waheeda .. Allah mungkin putuskan kita dengan orang tu sebab mungkin  dia bukan yang terbaik untuk kamu..

come on!! jodoh kita tu ada, ada jangan risau..
apa yang patut kita lakukan sekarang ialah persiapakan diri kita dulu, letak Allah yang paling atas
apa apa pun kita buat Allah tu yang pertama..

apa yang patut kita lakuakn sekarang??

perbaiki diri, kalau selama ni kita lalai, sekarang bawa diri ni dekat dengan Allah..
kalau selama ni kita jauh dari Al-quran, sekarang kita dekat kan diri dengan Al-quran
kita cuba perbaiki bacaan kita.. 

in shaa Allah nanti dila share kelas-kelas Al-quran untuk orang dewasa
dila ada jumpa dan sangat-sangat membantu sesiapa nak belajar Al-quran..

banyak-banyak lakukan perkara sunat, cuba tinggalkan larangan Allah..
in shaa Allah.. kita slow-slow jadi yang terbaik di sis Allah, asalkan perubahan tu akan kekal dalam diri kita :)

in shaa Allah.. untuk peringatan diri juga ^_^


Thursday, 9 October 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

HYE YOU ALL ^_^

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

SEGMEN BLOGWALKING SAMPAI PENAT RRSYA EYRDINA #2


hye you All ^_^



jom join.. esok dah tamat dah :D

Sunday, 5 October 2014

OKTOBER !



dah 5 hari baru nak ucapkan selamat datang bulan OKTOBER ahahaha..

busy busy heeee..


semoga bulan ni ada sinar baru dalam hidupku ini..

^_^