Sunday, 28 September 2014

Happy Birthday To Me !


Hye You All ^_^

serious dah lama sangat tak update blog..

ahahahha banyak benda yang perlu diselesaikan hehehe..

ok hari ini adalah 28 september yeaaaaa!!!

lahir laaa seorang insan bernama 

NUR ADILAH BINTI MOHD AKHIR 

pada

28 September 1994...


HAPPY BIRTHDAY TO ME !! ^_^






Monday, 15 September 2014

Cabaran 30 Hari : DAY 15 [ Surat kepada seseorang, siapa saja]

Assalammualikum

Hye You All ^_^
rasa-rasa dila nak tulis surat dekat siapa ye??
heeee.. someone ahahaha..
salam..
surat ni laa untuk hang.. beb aku tahu kita dah berkawan hampir 5 tahun.. tapi kenapa semudah tu, ko tinggalkan aku.. 5 tahun bukan masa yang pendek.. terlalu banyak benda yang kita lalui.. sebenarnye sampai sekarang aku masih rasa ko dengan aku.. kadang-kadang aku anggap ko balik asrama sebab tu ko tak text aku or call.. tapi berbulan-bulan kita jarang contact.. aku tak tahu nak cerita dekat ko perasaan aku.. aku terkejut apa yang terjadi.. berhari-hari aku menangis.. ko tinggalkan aku macam tu jer.. senang sangat ko tinggalkan aku setelah ko ada pengganti lain.. dulu masa aku kenal dengan ko.. mula-mula sekali.. satu kelas benci dengan aku, belum campur dengan kelas lain.. tahu tak kenapa dema benci dengan aku sebab aku berkawan ko.. aku masa tu tak ada niat lain.. aku nak berkawan dengan ko macam biasa tapi ko yang dah ada perasaan lain.. sedangkan aku time tu nak rasa suka dekat seseorang pun tak ada.. ko buat aku samapi aku rasa suka dekat ko.. aku tadah jer telinga bila orang kata aku itu ini.. aku bukan macam tu ! .. orang kata aku perampas.. aku tak ! .. .walaupun dah rasa suka tu tapi aku halang, aku lawan perasaan tu.. ko hari-hari kejar aku, sampai perempuan dekat sekolah tu dah pandang semacam dekat aku.. aku rasa sedih sangat aku dah sekolah dekat sekolah baru sebab aku nak study dan dapat life yang lebih bagus dekat sekolah tu.. tapi semua orang bencikan aku.. aku sedih ko tahu tak..


 balik sekolah aku menangis.. keluar rehat sorang-sorang, pergi bilik KH sorang-sorang, pergi sana sini sorang-sorang, sampai meja dalam kleas ada tiga meja tinggal satu meja jer sebab semua orang tak nak duduk sebelah aku... kadang-kadang aku cuba jauhkan diri aku dari ko.. tapi ko still datang dekat aku, try ambil hati aku.. last-last ko buat aku suka dekat ko!.. kita pernah kena marah dengan akak ko dekat kantin, aku rasa diri aku teruk sangat..aku malu sedangkan aku tak buat apa-apa.. serious aku malu.. orang buat aku macam aku ni perempuan jahat. .. 


akhirnye aku pindah sekolah, sebab aku tak boleh hidup dengan orang membenci aku.. aku tak tahu kenapa orang benci aku.. aku tak tahu apa-apa.. start aku pindah sekolah bermula episod keadaan susah yang aku alami.. hampir 3tahun aku duduk asrama ulang alik ulang alik.. banyak benda yang aku berdepan time tu.. walaupun dalam kita ada hubungan ko still buat masalah, aku still maafkan.. tapi kesudahannye.. ko tinggalkan aku macam tu jer sedangkan kita dah alami macam-macam.. apa yang ko buat ni buat aku rasa lagi teruk.. sedangkan awek baru ko, tak alami apa yang aku alami.. dia tak kena kutukan, rasa benci orang bila nak berkawan dengan ko.. tapi aku nak berkawan dengan ko, macam-macam aku kena.. adil ke tu?? ko buat aku rasa aku ni paling terukk.. sampai sekarang aku rasa sakit, aku sakit sangat.. cuba ko ambil masa ko fikir balik apa yang ko buat dekat aku, dari dulu sampai sekarang.. aku memang kecewa dengan ko.. aku kecewa.. 


pergilah hidup dengan kehidupan ko tu.. kalau ko dah buang aku.. biar buang sampai bila-bila.. biar aku yang tanggung segala-gala kesusahan hinaan orang.. biar ko hidup dengan kebahgian, keseronokan, gelak tawa dengan awek ko yang cantik tu.. semoga berbahgia laaaaa.. kalau ko rasa aku ni macam memaksa , aku minta maaf mungkin time tu aku masih tak dapat terima lagi.. sekarang aku redha.. pergi laaa beb.. aku akan sentiasa mendoakan kau..



yang benar:
seseorang yang tak kan lupakan ko
 dari dulu sampai sampai bila2





THE END



Sunday, 14 September 2014

Cabaran 30 Hari : Day 14 [ Cerita Kasut Saya ]

Assalammualikum

Hye You All ^_^










pertama sekali, dila memang bukan orang yang pengemar kumpul kasut ni heee

pakai jer apa yang ada ahahaha..

tapi kalau dila pakai satu kasut tu sampai dia terkoyak pun still pakai..

mungkin dah lama pakai sayang nak cari yang lain sebab dah selesa..

selalunye dila kalau tukar kasut setahun sekali jer

kadang-kadang raya pun malas nak cari kasut baru heee

tu jer laaa kisah kasut dila ^_^




THE END




Saturday, 13 September 2014

Cabaran 30 Hari : DAY 13 [ 5 Blog kegemaran]

 


Assalammualikum..



Hye You All ^_^









1. http://www.mialiana.com/
2. http://www.duniashida.com/
3. http://annaputri20.blogspot.com/
4. http://dirikudrcinta.blogspot.com/
5. http://www.dayangdeno.com/


antara blog yang dila selalu singgah and baca..
semuanye hebat-hebat..
terus menulis di entry blog ok..
dila akan selalu terjah ke sana hihihi :)





THE END







Friday, 12 September 2014

Cabaran 30 Hari : DAY 12 [ 5 wishlist anda]


Assalammualikum

Hye You All ^_^


apa laaa wishlist dila sebenarnye?? 
 
 
 

1. nak dapatkan segulung ijazah
 
2. akan berusaha nak sambung  master
 
3. teringin nak naik kapal terbang (umur dah 20 tahun tapi still tak pernah naik)
 
4. nak tengok tempat-tempat yang best kat luar negara macam pantai or waterfall
 
5. nak ada bisnes sendiri and kerjaya sendiri





The End




Thursday, 11 September 2014

SEGMEN : Bloglist Untuk Kawan-Kawan Yang Kita Suka


Assalammualikum
 
Hye You All ^_^
 
 
 
http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/09/segmen-bloglist-untuk-kawan-kawan-yang.html
 

Kategori bloglist : Adik 
 
 
jom join ramai-ramai korang..
nanti boleh laaa blogwalking sama-sama :) 




Cabaran 30 Hari: DAY 11 [ kenangan lucu zaman kanak-kanak]


 


Assalammualikum..
 
Hye You All ^_^
 
 
 
 
 
 
 
 
cabaran kali ini macam susah sikit ahahahaha
sebabnye dila pun tak berapa nak ingat dah..
 kalau yang ingat pun tak lucu pun hihihi
 
 
kejadian ni masih darjah lagi.. apa yang dila masih ingat..
time tu ayah dengan mak keluar kereta pergi kedai so tinggal dila dalam kereta sebab time tu dila tengah tidur rasa baru balik sekolah kot (tak berapa nak ingat dah)
nak jadikan cerita.. time tu ayah mak dah masuk kereta dila macam haaa
apa apa.. (tengah mengingau).. tak pasal-pasal buka pintu kereta nak keluar tiba-tiba dila rasa ada orang tarik baju dila dari belakang 
rupanye2 dila buka pintu kereta time ayah dah ada dekat tengah jalan raya dah..
 
sebenarnye masa tu dila macam separuh sedar tapi tak dapat berfikir, dila ingat mak ayah suruh keluar ahahaha tu laaa ceritanye ^_^
 
 
 
 
 
The End
 
 

 

Wednesday, 10 September 2014

Cabaran 30 Hari : DAY 10 [ Apa di dalam handbag anda]


Assalammualikum..
Hye You All ^_^
Apa laaa yang ada dalam handbag dila ni??

 gambar from goggle



* semestinya dompet, handphone, powerbank
 * buku note kecik
*pen, pensil, pemadam, pembaris.. 
*stoking kecemasan 
*lipstik
*minyak angin
*resit bank, resit kedai makan.. macam-macam resit penuh dalam beg ahaha nak buang sayang
*calculator (guna bila time shopping takut terlebih bajet) ahaha keluar benda alah ni member akan paksa simpan sebab memalukan jer kira-kira tengah-tengah malll ahahaha
 * monopod




tu jer laaa yang ada dalam handbag dila.. 
my sis kata beg macam tong pecah ahahha..
 well nak buat macam mana.. nak buang sayang hihihi





*The End* 

Tuesday, 9 September 2014

"Segmen Bloglist September irrayyan.com


Assalammualikum
 
Hye You All ^_^
 
http://www.irrayyan.com/2014/09/segmen-bloglist-september-irrayyancom.html
 
jom join you all :)

Happy Anniversary Mak Ayah :D !


Assalammualikum..

Hye You All ^_^

today 9/9/2014
 Happy Anniversary mak ayah! ^_^
 
 
Happy Anniversary yang ke-22 tahun
wah pejam celik pejam celik
dah 22 tahun dah.. hehehehe

hujung minggu ni kita p Melaka ye
celebrate dekat sana dengan Along..
 
Angah doa kasih sayang antara mak dengan ayah akan kekal
 hingga ke syurga Amin :)

love you MAK AYAH
muah ciked :D





Cabaran 30 Hari : DAY 9 [ 5 LELAKI YANG MENARIK MINAT ANDA ]

Hye You All ^_^



huhuhu, gambar memang tak ada kena mengena heee

5 lelaki yang menarik minat dila?? perghh soalan ahahaha susah betul nak berfikirnye..


1. pandai buat muka * macam mana nak cakap yer, pandai buat muka laaa, sebab dila rasa nak tergelak jer bila lelaki buat muka, eh menarik minat dila apa hee

2. yang smart * suka ok tengok lelaki yang smart kira dia pandai jaga diri laaa *

3. romantik dalam diam * macam mana tu romantik dalam diam.. kira macam suka buat something yang kita tak tahu*

4. pendengar yang terbaik *sentiasa dengar bila dila bercerita itu ini ahahaha*

5. suka buat sesuatu yang menceriakan *alwys make me happy ^_^ *





Monday, 8 September 2014

Happy Birthday Kawan!

ASSALAMMUALIKUM

Hye You All ^_^

today 8/9/2014
my bestfriend birthday
kawan dari from 4 untill now
walaupun dah study jauh-jauh
still contact..

*birthday girl tudung warna biru (turqoise)*
mimi, happy birthday too you dear..
May Allah bless you
aku harap hang akan berjaya di dunia dan juga di akhirat..
dan akan berjumpa dengan lelaki yang ko impikan selama ini
nanti kita jumpa..
kita celebrate ok..
love you ^_^

Cabaran 30 Hari : DAY 8 [ 5 lagu cinta kegemaraan anda ]


HYE YOU ALL ^_^




1. Katakan Tidak - Afghan
2. Cinta Hati - Shila Amzah
3.   ??
4. ??
5. ??





ahahaha 3,4 dengan 5.. tak tahu nak letak lagu apa..
nanti dah ingat try edit balik heeee..



THE END


Sunday, 7 September 2014

Cabaran 30 Hari : DAY 7 [ Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda]

HYE YOU ALL ^_^




bagi dila pendidikan itu sangat-sangat laa penting..

semua orang wajib menuntut ilmu

tak kira laaa ilmu apa yang kita belajar..

ilmu tu laaa membantu kita dalam kehidupan ni..

tanpa ilmu ni orang mudah ambil kesempatan ke atas diri kita..

sekarang pun dah ramai yang pandai dalam pelbagai bidang

kalau kita still tak berusaha nak dapatkan sesuatu ilmu tu

maknanye kita ketinggalan lah di belakang..


ahahaha tu laaa yang terlintas di kepala dila ni pasal 'PENDIDIKAN'



THE END















Saturday, 6 September 2014

Pengajaran Dari Drama ‘Rindu Awak 200%’

Hye You All ^_^

kali ni nak share satu artikel yang baru je dila jumpa

artikel ni sesuai untuk pasangan-pasangan di luar sana
tak kira laa yang sedang bertunang, atau esok baru nak bertunang atau dah berkahwin atau tengah rancang nak berkahwin.. tak kira sesiapa pun.. sesuai untuk mereka yang ada pasangan ^_^

eh yang tak ada pasangan tu means still ''single'' macam dila ni, boleh juga baca boleh di jadikan panduan bila dah jumpa pasangan nanti ye dak hehehe..




1) Percaya kepada pasangan.

Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.

2) Sentiasa bersedia untuk mendengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak dan pelbagai sudut

Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.

3) Cemburu berlebihan boleh menjadi racun dalam perhubungan.

Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percayakan pasangan kamu, tidak perlu wujudnya masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.

4) Keluarga dan sahabat-handai itu penting

Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan 
prince
 charming sekalipun, jangan sekali-kali lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang akan membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.

5) Tiada manusia yang 100% sempurna

Dalam drama ini, walapun watak Zul Ariffin tampak sempurna; kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri yang cantik; tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa, yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Namun, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan?


tujuan dila share artikel ni supaya pasangan di luar sana
boleh ambil pengajaran dari cerita ''RINDU AWAK 200%'' ni..

bukan senang nak kekalkan sesuatu hubungan,
Allah akan menguji setiap pasangan tu dengan pelbagai cara, 
apa-apa pun kepercayaan tu sangat penting dalam satu perhubungan :)
semoga bermanfaat untuk semua ^_^




credit: wanista


Cabaran 30 Hari : DAY 6 [ apa yang anda makan hari ini ]




Assalammualikum

Hye You All ^_^
hari- hari dila akan makan
NASI 

hihihi dila tekak orang kampung..
dalam satu hari mesti dan akan pastikan makan nasi
ahahahaha bukan apa nanti confirm tak kenyang..

hihi bukan nasi jer ada laaa lauk nye..
lauk tu depend ikut rasa tekak..


tu jer laaaa :D
THE END


Friday, 5 September 2014

Kaki Tumit Pecah

Hye You All ^_^



sering terjadi pada kaum wanita tanpa kira usia..
ini juga mencerminkan diri anda tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri




Faktor penyebab
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Solusi
  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.


PETUA TRADISIONAL
  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.
  • ada juga terbaca guna minyak zaitun..

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA ^_^


credit: mingguanwanita









Senarai Peserta : ''Segmen: Kenal Ke Kita?? by MiN''



SENARAI PESERTA

  1. http://freejustforu.blogspot.com/2014/09/segmen-kenal-ke-kita-by-min.html
  2. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/segmen-kenal-ke-kita-by-min.html
  3. http://adna2029.blogspot.com/2014/09/segmen-kenal-ke-kita-by-min.html
  4. http://sayasukala.blogspot.com/2014/09/segmen-kenal-ke-kita-by-min.html
  5. http://fadzlinahamali.blogspot.com/2014/09/segmenkenal-ke-kita-by-min.html








LAST UPDATE : 7.35 PM  = 8/9/2014

Tekan SINI kalau nak join ^_^






Cabaran 30 Hari : DAY 5 [ 3 perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih]



Assalammualikum


Hye You All ^_^



 huhuhu..first time suka dekat someone
 first time break up... 
*lap air mata*
(tak nak bercinta dah).. dah stop.. bercinta lepas nikah nanti..




[3 PERKARA YANG DILA INGIN KATAKAN]
*jangan cari aku balik kalau dah buang*
 *respect perempuan sikit ok*
*terima kasih muncul dalam hidup aku selama 5 tahun ni.. and tq.. dah bye!*





walaupun ni kali pertama suka seseorang tapi bila kena tinggal tu..
memang sakit.. lelaki memang boleh cari yang lain.. 
perempuan ni yang makan hati kena tinggal..
 semoga aku redha dengan perpisahan ni.. sob sob sob ... hmmm
 
THE END
 

Thursday, 4 September 2014

Segmen: Kenal Ke Kita??


Assalammualikum..

Hye You All ^_^

Hari ini nak buat segmen, 
tujuan asal segmen ni nak kenal blogger-blogger di luar sana dengan lebih dekat lagi


Syarat-syaratnya:

  • follow blog ni dulu boleh ?? *akan follow back*
  • buat tajuk ''Segmen: Kenal Ke Kita?? by MiN''
  • copy banner dekat atas dan backlink ke entry ni
  • letak link penyertaan di kotak komen di bawah
  • KEMUDIAN TULIS TENTANG ''10 FACT ABOUT ME'' (tulis je apa-apa tentang fakta diri sendiri kalau lebih pun boleh :) )


itu sahaja.. mudah-mudahan dengan menceritakan 'fact about me' ni
kita akan lebih mengenali rakan-rakan blogger :)

Senarai peserta akan sentiasa diupdate, nanti boleh laaa tengok ''Fact About Me'' blogger-blogger yang lain

TIADA MASA HAD PUN.. SEMUA BOLEH JOIN ^_^

dila pun dah cerita ''Fact About Me'' ni dekat SINI










fact about me


Hye You All ^_^

dila haritu kena tag dekat instagram pasal 20 fact about me..

hari ini sahaja nak tulis dekat sini pula ^_^



20 fact about me :

1. nama diberi Nur Adilah, yang bermaksud cahaya keadilan
2. anak kedua dalam empat adik beradik
3. suka sangat pada kucing, ada sekor dekat rumah, yang lain dah kena buang :(
4. jenis tak suka orang kacau time tidur, paling tak sukaaa
5. jenis yang kuat berangan ahahaha ini selalu buat
6. suka nombor dan suka subjek matematik
7. colour kegemaran semestinye pink, coklat, purple
8. suka cakap '' Aku ni keterunan Jake Chan'' kalau tengah marah sebab nak bagi orang takot kononnye ahahaha, sejak form 2 lagi hihi
9. kuat bercakap and kuat bercerita itu ini
10. jenis keras kepala
11. kuat menangis
12. tak suka lelaki yang suka mainkan hati perempuan *hilang terus respect*
13. suka tengok lelaki tarik tai leher ahahhaha *shh jgn cerita dekat sesiapa*
14. bukan anak manja
15. suka baca novel, sampai tak tidur malam nak habiskan
16. suka pergi pantai.. tempat kegemaran ..
17. suka fashion yang simple
18. terlalu minat dengan butik Calaqisya 
19. suka buat surprise sebab suka tengok orang lain happy :)
20. tengah kumpul duit nak ada bisnens sendiri *doakan taw* ^_^


THE END..





Cabaran 30 Hari : DAY 4 [ Buku Kegemaran anda ]

Assalammualikum

Hye You All ^_^
buku kegemaran dila???
 Ialah... novel ^_^

kalau nak kata kegemaran tu kira semua laa hihihi

novel ni hasil kumpul antara dila, akak dila dengan mak dila..

tapi kuat membeli nye akak dila laaa

dilaa just baca jer..

banyak lagi sebenarnye.. 
disebabkan hari tu pindah dah merata-rata perginye




dila start baca sejak from 2 hihihi ^_^



THE END



Wednesday, 3 September 2014

Esok Nak buat sesuatu dekat blog!


Hye You All ^_^

disebabkan bulan 9 ni adalah bulan kegemaraan dila

esok nak buat segmen!!

yeaaaa!!

ada yang sudi nak join TAK??.. ^_^

tapi dila cakap awal-awal tak ada hadiah taw( kalau ada rezeki lebih ada rasenye hadiah sikit-sikit) :D

dila nak kenal semua blogger-blogger lebih dekat sebenarnya

in shaa ALLAH ^_^








Happy Birthday Along!


Hye You All ^_^

today 3/9 .. someone special birthday hari ini iaitu my sister (sulung)

hari ini dia dah genap 21 tahun..

May Allah bless you Along,
hope ko still teruskan banggakan mak dengan ayah dengan kejayaan ko sekarang

dan doakan aku juga ye :D


hadiah ko kena tunggu, orang tu baru nak pos ahahaha

ok dun worry hujung bulan ni pula, aku mintaa macam-macam ahahaha


HAPPY BIRTHDAY ALONG ^_^ !!